Bazaar or Bazir?

Berlalu sudah pertengahan Ramadhan 1430H. Aku baru saja pulang dari pegi tengok booth-booth jualan barangan persiapan Aidilfitri 1430H. Tak sangka pula, selepas beberapa hari kenaikan harga minyak RON97, masih ramai lagi warga-warga bandar JB Rawk City yang membeli-belah @ shopaholic. Sampai tak menang tangan tadi aku tengok seorang makcik ni membeli @ memborong tudung Ariani. Tapi takpalah, lagipun bak kata orang, Puasa Sebulan & Raya Sebulan. Sekali-sekala apa salahnya berbelanja sakan =P

Aku pula cuma cari butang baju melayu. Maklumlah baju melayu yang aku tempah bulan lepas da siap. Tapi aku belum ambil lagi. Cepat pula siap. Biasanya lagi 2-3 hari nak raya baru boleh ambil. Bersesak juga la aku nak berjalan dari satu booth ke booth yang lain. Da macam PC Fair pulak. Ironinya yang biasa berlaku mesti akan ada pengumuman dari “Emcee“; “Kami terjumpa seorang kanak-kanak yang berpakaian baju merah, berumur dalam lingkungan 5-6 tahun, bla bla, bla………” Entah mana pergi pula mak-bapak budak tu. Kalau aku la, aku rasa “Yang mak sibuk tengok tudung & yang ayahnya sibuk tengok kasut Red Wing“, huhu. Kesian kan? Bila anak hilang kena culik, baru la nak rasa bersalah. Elakkan la dari berlaku time bulan puasa ni.

Ok, persiapan Raya korang tahun ni pula macam mana? Korang da start belanja sakan? =P Aku tahun ni, memang tak berbelanja sangat. Cukup sekadar baju melayu yang aku tempah tuh. Maklumlah aku kena buat persiapan & persediaan yang “lain”. Ataupun aku buat kelainan sedikit. Mungkin aku nak beli gadjet la. Aku fikir macam nak membeli Camera compact or Camera DSLR. Kalau tak pun aku nak membeli gadjet & pedal guitar. Haha, memang lain dari yang lain ni. Ah, tak kisah lah kalo aku ada beli gadjet untuk raya tahun ni, aku buat satu post kat blogs ni. Janji yang paling penting waktu sekarang ni, ekonomi kejap naik & turun. Jadi kita berpada-pada lah bebelanja. Jangan makan diri sudah.
Sekadar mengingatkan sesama kita =) Chayok!
Tags: bazaar, bazir, hari raya, keronsang, shopaholic, shopping, tudung
Related Posts
4 Very Indie Person (V.I.P) Comment at “Bazaar or Bazir?”
-
-
September 7th, 2009 3:54 am
Komen Dari: HafidzAnarm: wah lagi bagus bro. Jimat pun jimat. Janji boleh pakai
-
September 7th, 2009 12:18 pm
Komen Dari: nazhehehe.nice bro.aku ske headline ko tu.btw, klau bjalan dgn perempuan agak leceh usha sana sini <—— baru kena sabtu lepas.
-
September 7th, 2009 2:18 pm
Komen Dari: HafidzNaz: Thanks atas pujian & singgah kat blogs satelitku.
Jangan begitu bro =P. Bila berjalan denga wanita ni sebenarnya kita perlu ada sikap toleransi. Barulah best kalo berjalan bersama








Komen Dari: Anarm
aku x shopping pape pn raya thn ni.. baju raya pn pkai yg 4 tahun lepas.. jimat..