Movie Review : G-Force
Salam sume. Still lagi dalam mood raya lagi. Aku baru jer pulang dari kampung ni, hehe. Da selamat pulang ke rumah ku syurga ku. Ni aku terus tengok movie terbaru keluaran Walt Disney Pictures yang berjudul G-Force. Skang ni aku suka pula tengok movie yang wataknya kiut-miut @ comel, huhu. Heh, kebetulan kat kampung, Maklong aku ada bela hamster @ guinea pigs. Pastu sampai jer rumah, aku terus online & tengok movie apa yang main kat time-time waktu @ mood Hari Raya ni. So pilihan movie untuk aku tonton waktu @ mood Hari Raya ni ialah Filem G-Force!
Filem ni mengisahkan satu pasukan @ skuad keselamatan daripada kerajaan US yang dikenali sebagai “G-Force”. Dimana skuad ini terdiri daripada sekumpulan hamster (Darwin, Juarez, Bucky, Hurley), seekor mole (Speckles), seekor lalat & beberapa serangga yang lain. Yearghh!!!!! Yang aku suka sangat, walaupun dorang ni haiwan & serangga yang kecil tapi dorang sume ni dilatih secara professional untuk menjadi seperti Agen FBI kecuali si Hurley ni lah, huhu.
Skuad ini diketuai seorang manusia yang melatih G-Force ni iaitu Ben. Pada awal permulaan cerita ini, Ben telah memberitahu ketua pasukan G-Force ni iaitu Darwin bahawa FBI akan menutup skuad atau jabatan G-Force ini kerana sebab-sebab yang tertentu. Namun disebabkan si Ben ni tak nak jabatannya ditutup, dia telah mengarahkan Darwin & ahli pasukan G-Force yang lain untuk melaksanakan satu misi dimana FBI sendiri mengambil masa 20 tahun sehingga sekarang tidak dapat selesaikan misi tersebut.
Misinya ialah mengambil segala data yang terdapat di Laptop Leonard Saber iaitu seorang bekas pengedar & pereka senjata api. Kira Leonard Saber watak penjahat dalam filem ini. Beliau ni disyaki kerana mempunyai rancangan jahat untuk menakluki dunia. Maka pergilah skuad G-Force ni ke syarikat @ rumah Leonard Saber untuk melaksanakan misi tersebut. Dari situ bermulah pelbagai aksi yang aku sendiri tak sangka pasukan G-Force ni boleh buat.
Memang banyaklah aksi stunt yang kelakar yang dorang buat ni. Ada satu aksi ni dimana pasukan G-Force ni dikejar oleh ahli-ahli FBI kerana mahu menangkap mereka. Korang bayangkanlah pasukan FBI ni naik kenderaan yang besar gaban. Punyalah payah nak kejar4 ekor hamster yang kecil ni. Haha memang kelakar beb!
G-Force ni adalah antara filem yang di “recommend” kan untuk ditonton. Bagi aku setiap filem keluaran Walt Disney Pictures ini memang tidak menghampakan dalam mengeluarkan filem untuk Tontonan Keluarga & Umum. So kalo korang nak bawa family or saudara-mara pergi tengok wayang time-time raya ni. Bolehlah tengok G-Force. Mana la tau ada masa terluang kan?
Rating aku dalam filem ini ialah EMPAT BINTANG DARIPADA LIMA BINTANG ! Sebab Movie G-Force ini tidak membosankan =P
Tags: Filem, Film, G-Force, Movie, Review, Walt Disney
Related Posts
8 Very Indie Person (V.I.P) Comment at “Movie Review : G-Force”
-
-
September 24th, 2009 2:16 am
Komen Dari: mollymacam comel2 je cite g-force nih kan? huhu.
btw slamat hari raya hafidz. rasanya blom lmbt lagi nk wish kan?
-
September 25th, 2009 8:04 pm
Komen Dari: HalizaB, next muvi Cloudy with a chance of MeatBalls. hehe..
-
September 28th, 2009 12:22 am
Komen Dari: Lizzskrg ni, aku memang sker layan muvie2 camni. sure gelak n tak yah aku nak pi amik bantal tutup mate if tgk cite antu:P
-
September 28th, 2009 9:26 am
Komen Dari: HafidzDefunct: Haha. Layan filem jin notty eh. Banyak yg komen movie tuh tak best =P
molly: Selamat Hari raya juga. Layan ar citer G-force. tak rugi & best
Haliza: Ya Sayang =) Movie Cloudy with a chance of MeatBalls memang best bangat tuh. Burger jatuh dari langit
Lizz: citer seram kekadang ada yang ketawa juga, huhu. cth: jangan pandang belakang congkak. kui3
-
September 30th, 2009 12:51 am
Komen Dari: loqg force..
karton..
aku tunggu adik aku download jelah..baru aku tengok..
-
-
October 4th, 2009 9:19 am
Komen Dari: Hafidzloq: da setel download blom citer G-Force? =P
Masy: Sebulan tak tgk movie? Fuh~ Memang kena tengok tuh masy, huhuhu









Komen Dari: Defunct Poet
Aku nak tgk cita nie sebenarnya pada raya pertama, tapi ada member gatai nak tgk Filem Mawi. Terlepas filem nie..tak pe..petang ni..nak p tgk..hahaha