P1 Wimax Promotion: Potong Now!

Date: 6th / October / 2009 | Category: blogs, broadband, internet

Salam Sume.

Tajuk entri untuk post kali ini agak lebih kepada mempromosikan (kot) Produk Pakej yang diberikan dari salah satu pembekal a.k.a broadband Malaysia iaitu Packet One Network  Sdn. Bhd. Produk yang aku maksudkan ialah Wimax.

p1 wimax potong now promotion flyers

Yup! Aku baru jer bertukar produk broadband dari streamyx ke Wimax! =) Setelah hampir 4 tahun aku menggunakan streamyx (itu pun aku tak tolak dengan, line tengah hang, line lembab & slow macam *****, call customer services yang tak reti nak jawab & sebagainya), aku memang dah memang nekad untuk tukar kepada Wimax.

So begini ceritanya macam mana aku amek Wimax ni: Raya kelima itu hari aku saja surfing web P1. Saja survey produk wimax & aku terjumpa satu promosi dorang yang terbaru iaitu “Potong Now”. Setelah diteliti kandungan promosi tersebut aku terus tergerak hati untuk apply Wimax. Apa lagi aku terus search kat web P1 untuk tengok lokasi booth-booth yang dorang buka berdekatan dengan area tempat tinggal. Jumpa saja lokasi yang berdekatan aku terus bersiap & gerak khas ke booth P1 Wimax dengan harapan yang menggunung tinggi :lol: Sampai saja ke booth P1 Wimax tuh aku terus tanya tanya promoter Wimax tanpa ada insiden seperti “promoter yang approach customer & bagi flyers P1″. Kira untung la tuh aku terus pegi & duduk kat booth tuh.

P1 Wimax Potong Now Promotion Banner

Aku pun terus bertanya kat Promoter Wimax tuh. “Hallo, macam mana nak apply pakej Wimax dalam promosi Potong Now nih?”. Lalu promoter Wimax cakap macam ni, “Em… er.. err…” Sekali promoter Wimax tuh macam terkial-kial pula nak jawab. Dalam hati, aku cakap “Eh, budak ni gubra ke?”. Dan aku pandang promoter Wimax tu, first Impression ialah sekali pandang promoter Wimax ni macam lepas habis SPM @ first day kerja. Nak sedapkan hati, aku tanya promoter tuh, “Ini hari you punya first day keja dengan Wimax eh?”. Lalu promoter tuh angguk2 geleng2 kepala, haha.

Damn! Aku ketawa kecil sebentar. Mungkin agaknya “Boss Wimax @ Ketua Booh Wimax” kat situ perasan yang “staff baru” tu tengah gubra layan customer, terus boss Wimax approach aku. “Hi bang, ada masalah? mau apply Wimax?”. “Woppss! Er… ha’ah”, aku pulak yang terkial-kial nak jawab, haha. Sebab cara dia approach tuh buat aku terkejut :lol: Lalu aku pun terus lepak dengan “Boss Wimax @ Ketua Booh Wimax” tuh dan berbincang, bertanya secara detail & aku pun signup Wimax.

Tapi tuh la, disebabkan aku tak bawa bil terkini streamyx, so untuk aktifkan akaun Wimax jadi tergendala pula. Tuh la bil streamyx sampai lambat. Pastu bila da sampai lambat akan jadi lambat nak buat pembayaran. Jadi bila da lambat bayar, CONFIRM line Streamyx kena Suspended punya! Nak aktifkan semula akaun Streamyx, kena caj. Lepas caj & da bayar bil, line Streamyx pulak slow & hang. Macam-macam masalah berlaku lama-lama siapa yang boleh tahan beb!

Ops aku emo sket pula, huhu. Jadi aku tunggulah beberapa hari untuk tunggu posmen hantar bil Streamyx. Sampai saja bil, aku terus direct call “Boss Wimax @ Ketua Booh Wimax” tuh. Siap janji nak datang rumah nak ambil bil. Aku suruh datang lewat malam, sekali memang lewat malam “Boss Wimax @ Ketua Booh Wimax” ni datang. Pukul 1 pagi dia datang rumah :P Setel bagi bil dia terus bagitau aku esok hari baru boleh aktifkan akaun Wimax aku. Dan sekali lagi dia tepati janjinya pada esok hari. Sehinggalah hari ni aku terus surfing internet guna Wimax, Weeeeeeee~ =)

P1 Wimax DV230 Wireless Modem

Inilah dia modem P1 Wimax yang akan membantu aku mencapai capaian internet, huhu. Dengan harapan, moga services dari Wimax ini akan sentiasa menjadi yang TERBAIK!

p/s: Nanti aku akan post entri yang lain pula tentang “bagaimana aku cancel @ terminate akaun Streamyx” =P

Tags: , , , , , , , , , ,

 13 Very Indie Person (V.I.P) Comment at “P1 Wimax Promotion: Potong Now!”

  1. October 7th, 2009 8:30 am
    Komen Dari: Rjuna

    hope P1 meluaskan coverage nya ke seluruh malaysia, nak jugak merasa berukband ni hihi, adik aku pakai ni kongsi dgn housemate dia kat shah alam

    streamyx aku masih ok hihi, laju jer

  2. October 7th, 2009 8:27 pm
    Komen Dari: Masy

    Puas ati betul nampaknye tu hehehe patut laa ade je kat tenet skrg :) gud2

    (website exists ape cer?)

  3. October 8th, 2009 12:51 am
    Komen Dari: KertaZ

    Wimax mmg bgus pun.. Speed pun ramai ckp laju.. Tp tu la kan.. Wimax still wireless.. & btw wimax ni pakej dia limited usage..

    I meant kalau orang yg slalu download mcm aku ni tmbah2 download movie mmg simpan angan2 la nk pakai wimax.. Wimax unlimited usage mahal.. RM159 untuk office price..

    Aku TERPAKSA mnggunakan screamyx dlu.. Maybe lain taun tuka P1.. Itu pun kalau wired + unlimited usage + harga berpatutan.. =)

  4. October 8th, 2009 6:49 pm
    Komen Dari: zulfitry.com

    haha..puji jangan tak puji..hehehe

  5. October 9th, 2009 8:55 pm
    Komen Dari: Hafidz

    Rjuna: Ok la kalo streamyx tempat ko ok line dia. Senang citer kena tengok tempat la. Ada tempat yg laju & ada tempat yang lembab, huhu =P

    Masy: hehe, biasa jer masy. Oh pasal web exists tuh kena tunggu Musa la. Atau kita yang develop @ beli domain baru untuk exsists ok tak?

    Kertaz: Tengok penggunaan la. Aku tukar sebab line screamyx tuh da teruk sangat la. Line 1Mbps tapi nak buka email ambil masa lama sangat. Aku da serik nak call customer services TM. huhu.

    Zulfitry: Heh, bukan nak bagi pujian tinggi sangat. Setakat ni Wimax ok lagi aku. Kita tak tau masa akan datang macamner. Mungkin akan ada network yg lagi bagus. sapa tau =d

  6. October 12th, 2009 2:37 am
    Komen Dari: luthtextile

    kalo aku malas nak bayar streamyx, dan terus nak pakai si p1 ni amacam?

  7. October 12th, 2009 4:42 am
    Komen Dari: Hafidz

    luthtextile: tuh da kira ko ada dua akaun broadband: streamyx & wimax. Syarat untuk langgan promosi “potong now” wimax ni hanya perlu tunjuk kat promoter wimax tuh bil broadband yg lain kat dia jer 8)

  8. October 16th, 2009 12:00 pm
    Komen Dari: Dr House

    Tunjuk bil suh dia bayokan boleh ke? hihihi… Iklan kat TV tu lawak la. Boleh tahan.

  9. October 18th, 2009 1:05 pm
    Komen Dari: JHafiz

    tapi coverage masih belum luas. tu je masalanhye skrg. mcm celcomn maxis dah luas tapi prestasi servis tak best pulak… adoiii…

    btw, bro, dah tmbh link. link xchge can we?

  10. October 23rd, 2009 3:40 am
    Komen Dari: Hafidz

    Dr. House: Heh, try ar suruh dia bayarkan bil =P

    JHafiz: Wimax tengah usahakan untuk luaskan coveragenya. Biasa la benda baru. Kena la slow-slow, huhu. Ok link ko aku da exchanges =)

  11. October 23rd, 2009 9:17 am
    Komen Dari: Malmsteen

    saye nasihatkan jangan guna P1 wimax, dia kasi 2bulan jer laju giler, lepas tu setengah kena potong..marah terubat 6bulan bagi free selepas datang 4x kat HQ office dia kat jalan templer PJ…rupe2nya ramai lagi yg komplain

  12. October 25th, 2009 8:32 am
    Komen Dari: naz

    hahah! gelak besar time pengantin laki cakap “of course”

  13. November 3rd, 2009 5:10 am
    Komen Dari: Adney

    Aku masih menunggu coverage Wimax sampai tempat aku.. huhu

    Da bosan ngan Celcom

 Comment Form





CommentLuv Enabled