Movie Review : Papadom

Date: 17th / October / 2009 | Category: Movie Review

Papadom film flyers
(Poster Filem Papadom, Kredit to Budiey.)

Salam Semua. Aku baru lepas hitung hari. Lagi 3 bulan lebih ni nak “Nikah” =) Heh, saja untuk ingatkan diri sendiri.

Itu hari aku tanya Tunang aku tentang tayangan filem Papadom ni da mula ditayangkan di Panggung Wayang atau sebaliknya. Maklumlah kesibukan di pejabat (kerja tengah banyak) menjadikan aku kurang tahu tentang isu semasa (kes serius beb!). Tunang aku pun beritahu tarikh tayangan filem Papadom pun da mula pada 8hb Oktober (Hari Khamis). Dia pun ajak aku menonton filem ini :D Jadi sempena menghitung Hari Pernikahan aku pun buat keputusan untuk menonton filem bertemakan keluarga pada hujung minggu ;)

Hey, menonton filem yang memberikan ilmu pun bagus juga selain menonton filem untuk menghiburkan diri sendiri, huhu =P Dan lagi satu sebab aku nak tonton filem pasal nak tahu sangat kenapa filem ni menang besar di Festival Filem Malaysia tempoh hari.

Trailer Filem Papadom:

Permulaan filem ni dimulai dengan satu ayat iaitu: “Filem ini ditujukan khas buat bapa diseluruh Malaysia“, lebih kurang macam tuh la ayat dia. dan ceritanya bermula dengan sebuah kisah keluarga Saadom dimana Saadom (Afdlin Shauki) & Munira (Noorkhiriah) yang sedang sarat mengandungkan Miasara (Liyana Jasmay) sedang membuka warung milik mereka. Dorang ni menjual Nasi Kandar di tengah-tengah lorong kedai-kedai runcitr. Nama Warungnya ialah Saadom Nasi Kandar. Saadom ni menyara keluarganya dengan menjual Nasi Kandar dan ramai customer dia suka datang warung kerana Popadom yang dibuat oleh Saadom ni sedap belaka!

Maka bermulalah dengan babak filem Papadom nih dengan lagu latar dari kumpulan boria (Ya, ada boria haha!) dimana sedang seorang customer cina Alan (Pete Teo) memuji Popadom buatan Saadom, tetiba Munira nak bersalin. Apa lagi, gelabah yang teramat la si Saadom nih. Kemudian lahirlah si Miasara. Lepas sahaja kelahiran Miasara, Saadom bertekad untuk bekerja keras dengan niat supaya selepas ni isteri & anaknya tak perlu lagi hidup susah. Saadom inginkan keluarganya hidup senang-lenang.

Selepas itu sehingga beberapa tahun, si Saadom nih terlalu mementingkan kerja & kebetulan pula perniagaan Saadom Nasi Kandar semakin maju. Projek-projek pula sentiasa ada jer untuk besarkan perniagaan Nasi Kandar beliau. Sampai buka cawangan tuh. Saadom ni pula macam sengal sebab tak reti nak bahagi masa antara kerjaya & keluarga sehingga setiap kali Birthday anak dia Miasara, mesti asyik lupa dari anak dia umur 4 tahun & berlarutan sampai Miasara berumur 10 tahun!

Dan nak jadikan cerita, Munira dalam perjalanan pulang ke rumah bersama Miasara. Dia da bingit sangat kat Saadom sebab terlalu sibuk sangat bekerja. Sampaikan majlis penyampaian hadiah Maisara kat sekolah si Saadom ni boleh tak datang. Dalam keadaan Munira yang marah tu dia call Saadom & membebel sepuas-puasnya. Masa Munira tengah call dalam keadaan marah, disebabkan tak perasaan dia terlibat kecelakaan jalan raya. Munira tak dapat survive & meninggal. Maka tinggal Saadom & anaknya Miasara.

Jadi disebabkan Saadom terlalu rasa bersalah, dia berjanji pada diri dia untuk menjaga Miasara & tak akan biarkan diri dia membuat kesilapan kali kedua. Maka bermulalah cerita “sebenar” Papadom ni dimana Saadom ingin buktikan bahawa dia seorang bapa yang sentiasa “sayangkan” anak dia…..

Haha, nak taip & cerita panjang-panjang macam tak larat pulak aku =P Tapi aku ceritakan sedikit lagi antara babak-babak yang menarik dalam filem Papadom ni. Antaranya:

Jadi bagi pendapat aku memang tak akan rugi kalo menonton filem arahan Afdlin Shauki. Sememangnya filem beliau ini layak untuk mendapat trofi di Festival Filem Malaysia! Filem ni tak terkira (kot) bintangnya sebab memang best beb! Kalau ada kuar DVD or VCD filem Papadom ni memang aku beli! heh =P

Liyana Jasmay

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Related Posts

  • No Related Post

 7 Very Indie Person (V.I.P) Comment at “Movie Review : Papadom”

  1. October 23rd, 2009 8:45 pm
    Komen Dari: dammit

    Wey jangan detail sangat. Aku nak tengok, tak surprise nanti. haha. Trailer pun menarik gak. Mesti ada sesuatu yang buat film ni jadi filem terbaik tu. Oh gudluck!(sbb ko nak kawin)

  2. October 26th, 2009 9:48 pm
    Komen Dari: alya

    bley tak tanye lagu yang ade dlm movie ni? selain miasara…ade 1 lagu lg menarik r..klu tau nnt, share la k.

  3. October 27th, 2009 1:52 am
    Komen Dari: Masy

    best2!

    waaa dah nk nikaaahhh :)

  4. October 27th, 2009 6:46 am
    Komen Dari: faraha

    citer nie mmg best giler!!!..lagu2 dye pown sedap didengar..nk sgt lagu yg ade lyric “mkn ice cream’ tue..cz dgr cm cute jew lagu tue..

  5. November 3rd, 2009 4:02 am
    Komen Dari: Hafidz

    dammit: heh, aku detail sket jer bro =P Thanks bro, good luck untuk ko jugak! =)

    alya: oh, tak perasan pulak lagu selain miasara tuh, huhuhu

    masy: trimas masy!

    faraha: citer papadom ni memang best yang teramat. termasuk juga lagu-lagu dalam filem papadom nih ;)

  6. November 3rd, 2009 6:35 am
    Komen Dari: Rjuna

    Waa 3 bulan lagi nak nikah, tahniah beb

    Pasal Papadom aku tggu dvd keluar je la, tak pon sedut torrent, tempat aku tak tayang la filem ni

    hope pasni Pisau Cukur (ada afdlin) diorg tayang

  7. December 9th, 2009 8:59 pm
    Komen Dari: Victor_Valentine

    First,sekali saya nak ucapkan tahniah sebab dah nak nikah. secondly,tima kasih sebab dah tolong citerkan serba sedikit tentang citer ni.thirdly nanti dah kawen jangan sebok memanjang macam si SAADOM tu tau nanti isteri marah :) .oklah nanti kan kalau hafidz tau lagu citer papadom beritau la kat blog ni yang lirik dia macam ni “saya suka sorang budak nama dia sara” beritau kalau tahu ok goodluck with your fiance. :}

 Comment Form





CommentLuv Enabled