Pure Vibracion - Pesan Nenek 1 day ago

Syukur

Date: 14th / February / 2010 | Category: blogs | 5 comments »

Alhamdulillah.

Syukur~ Lega rasanya Majlis Nikah & Majlis persandingan telah selesai =) Perasan berdebar @ nervous telah pun hilang, huhu. Tu kira “sebab terbaru” aku lambat update blogs lagi huhu =d

Jadi selesai sudah segalanya antara perkara yang paling penting dalam hidup aku. Jadi selepas ini apa ya? Dalam kepala aku ni memang macam-macam planning untuk akan datang. Banyak benda aku nak buat sebenarnya. Sama ada dapat buat atau tak memang bergantung pada aku sendiri. Dan rasanya tak salah kalau aku “planning”, kan?

Antara planning aku ialah “upgrade” blogs ni dengan mempelbagaikan content yang “menarik”. Memang aku berharap sangat tuh, heh.

Lagi….. Apa ya?

Emmm, itu sajalah. Tunggu entri yang akan datang ya. Harap korang sume sihat-sihat ya ;)

2010 Masihi

Date: 24th / January / 2010 | Category: blogs | 5 comments »

Salam Semua para sahabat bloggers-bloggers yang dikasihi, heh =P

Agak belum terlewat rasanya untuk ucapkan selamat datang ke tahun 2010 masihi. Korang semua apa khabar? Insya’allah sihat & segalanya ok ya!

Ya aku anggap korang sume tau ini adalah entri pertama aku untuk tahun 2010 masihi di blogs ini. Lama yang teramat sangat untuk aku ambil masa mengupdate. Ya, aku ni bukan mudah & mungkin juga memang sukar nak update blogs nih. Bebanan kerja yang berlambak ni ialah SEBAB PERTAMA & yang kedua ke-TIADA-an MASA untuk update blogs. Tapi itu memang “ALASAN BIASA BAGI SEORANG BLOGGER BUKAN?“, heh.

Dan kini aku KEMBALI lagi. Tahun 2010 Masihi. Lembaran baru atau lebih senang diungkapkan sebagai “BUKU BARU”. Tidak lama lagi (lebih kurang DUA BELAS HARI SAHAJA) aku akan ke alam Rumahtangga, WOW~! 8)

Aku berharap sangat semuanya berjalan lancar, amin.

Maka dengan ini bermulalah “2010 Masihi“~

1 Muharam 1431 Hijrah

Date: 18th / December / 2009 | Category: blogs | 2 comments »

arial

Salam Maal Hijrah.

Wah~ Cepat sungguh masa berlalu.
Tau-tau jer da tahun baru! Korang ada wat sambutan? Ada pertunjukkan bunga api tak? huhu, gurau jer =P

Hari bermulalah “buku baru” & “azam baru” kita semua. Kita tinggalkan “buku lama” yang dah berhabuk (kot). “Azam lama” korang ada yang tercapai?

Bagi aku azam lama yang aku azamkan hampir tercapai ;) Maklumlah darah manis =d

Lepas jer setel kerja-kerja out-station aku terus sibuk untuk wat persiapan kahwin. Memang mula dari bulan ni hinggalah bulan sibuk jer manjang, heh. Tapi ok juga. Pengalaman baru beb. Biasa aku dok tolong tengok jer teman member-member aku wat persiapan kahwin. Kini giliran aku pula. Memang bagus juga aku alami pengalaman sebegini. Dari situ aku dapat tahu bertapa susah senangnya nak buat persiapan untuk bernikah & majlis perkahwinan. Heh, aku bukannya artis nak dapat sponsor sana-sini. Bukannya mampu nak upah wedding planner. Semuanya buat sendiri dengan Tunang aku :D

Bak kata ustaz masa kursus kahwin, “Senang citer tak perlulah buat yang grand2″ (cakap dalam slang jawa, heh).

Dan yang paling penting sekali kehidupan seterusnya selepas bernikah.

Ok2, cukuplah tuh huhuhu. Selepas ini aku akan  fokuskan “azam baru” pula. Apa dia “azam baru” untuk tahun aku rahsiakan dulu. Kalau menjadi kenyataan barulah aku ceritakan ya, heh 8)

Dan untuk penutup entri kali ini mari kita dengarkan lagu dari (more…)

Kerja, kadang-kadang…..

Date: 9th / December / 2009 | Category: blogs | 3 comments »

Menyeronokkan & memenatkan~

tangki air

Hampir sebulan aku out-station. Sebulan juga la tak naik ofis. Da berhabuk aku ingat meja kat ofis. Lepak & penat yang teramat sangat! Ditambah pula bila dah nak setel kerja out-station aku dilanda demam pula, fuh~ Nasib baik boleh claim. Bulan ni rezeki aku makin banyak nampak, syukur alhamdulillah =)

Maklumlah time tak banyak kerja bosan, bila keja banyak lagi bosan, huhu

Tambahan pula aku mendapat khabar dari rakan sepejabat mengenai bos yang mentalnya sedikit terganggu. Dengar jer khabar yang macam tu terus jadi ngeri aku! Apa lagi aku pun terus apply cuti rehat, haha =P

Apapun akhir tahun ni memang aku sedikit sibuk dengan urusan peribadi. Harap segalanya berjalan dengan baik sekali. Yang paling penting sekali kalau nak setelkan urusan peribadi ni biarlah aku kembali sihat & cergas semula.

Arghhh~ Lepak sangat ni, aku rehat dulu la. Tunggu update seterusnya k ;)

Aidiladha

Date: 28th / November / 2009 | Category: blogs | 3 comments »

Salam Aidiladha semua =)

Aku baru balik dari kampung. Meraikan  Raya Aidiladha disana. Agak lepak juga ni. First time aku “terlambat” pulang ke kampung.  Aku bertolak waktu malam, dengan keadaan jammed teruk kat highway tol utara selatan. Bayangkanlah aku guna gear 1 & gear 2 jer huhu. Haru biru beb! Syukurlah selamat pergi & pulang.

Pokok Kelapa Togel?

Dikampung sempat juga aku menonton televisyen. Ada selingan wartawan bertanyakan rakyat-rakyat tentang, Apakah Pergorbanan Hari Raya Aildiladha kali ni? Jawapan yang biasa kita dengar pun seperti korbankan lembu & kambing. Ada juga yang bagi jawapan mengharukan contohnya terpaksa korbankan cuti Raya Aidiladha sebab kena kerja, huhu =P

Agaknya kalo aku la yang ditanya. Apa ya yang aku nak jawab….. (more…)

Page 1 of 3123