Movie Review : Lu Pikirlah Sendiri de movie
Filem: Lu Pikirlah Sendiri de Movie
Penerbit: SDAF Pictures (M) Sdn. Bhd.
Pengarah: Aminah Rhapor
Pelakon Utama: Nabil Raja Lawak 2 (Nabil), Puteri Sarah Liyana (Natasha), Mila AF5 (Aisyah), Meet Uncle Hussain
Turut membantu: Zizan (Raja Lawak 1), Ummi Nazeera, Liza Othman, Md. Eyzendy, Azwan Kombos (Pelakon Baru),Aiman Husin (Pelakon Kanak-kanak), Tasha AF4, Zaibo, Hisyam Ahmad Tajudin, Faizal Tahir, Ain Nordin (Pelakon Baru) Ilyana Zakirah (Pelakon Kanak-kanak), Vanida Imran, Harun Salim Bachik, Qazem Nor, Aziz M. Osman, Fahrin Ahmad, Ebby Yus, Amy Search, Taiyuddin Bakar, Bulya (Pelakon Baru), Ilyas Ismail
Synopsis: Lu Pikirlah Sendiri de Movie Mengisahkan tentang mengejar impian, kerjaya dan cinta…..
(Picture credit to: http://www.lupikirlahsendiri.com)
Itu serba sedikit info & synopsis filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie. Yup! Aku dah tonton filem ni. Kalau korang perasan kat setiap stesen @ channel tv, dia punya trailer filem memang gempak. Lebih menyakinkan untuk korang menonton sebab Nabil Raja Lawak 2 adalah hero @ pelakon utama filem ini. Dan yang lebih mempengaruhi aku untuk menonton filem ini sebab one of my fav band “Meet Uncle Hussain” pun belakon juga, huhu.
Ok untuk permulaan cerita ni bermula dengan Nabil (lakonan Nabil Raja Lawak 2) berjalan & berlari dalam keadaan hujan lebat dan diiringi lagu Janjiku – Sofaz, sedar-sedar saja Nabil terjaga dari tidur kat pasar. Rupa-rupanya beliau bekerja sebagai pembantu kepada tauke jual ayam (lakonan Harun Salim Bachik) di pasar. Dan kemunculan Amy Search sebagai pemandu lori yang membawa ayam-ayam juga salah satu gimik filem ini. Intro ceritanya membuatkan penonton kurang faham. Tapi aku terjemahkan disini permulaan @ intro yang cuba disampaikan ialah, Nabil seorang yang kurang berpendidikan (belajar takat SPM) dan perlu bekerja untuk menyara kehidupan keluarganya. Dia ni rajin tapi asyik kena buang kerja jer disebabkan perangai dia yang suka tidur waktu kerja & sering ditimpa masalah dalam waktu kerja.
Di satu tempat yang lain pula, Natasha (lakonan Puteri Sarah Liyana) seorang pelajar IPT Tempatan merupakan student paling vogue @ cantik di IPT sering mendapat perhatian & rebutan (agaknyalah) pelajar-pelajar disana. Walaupun rupa parasnya yang vogue @ cantik tapi Natasha ni sering malas belajar & membuat tugas @ assignment yang diberikan oleh pensyarahnya (lakonan Vanida Imran).
Dan bermulalah cerita antara mereka berdua dengan “pertemuan” yang tak disangka….. Korang boleh tengok dorang berdua ni bertikam lidah, bergaduh, kena campak kat tempat tadahan air huhu, caci maki, dengki-mendengki dan hinggalah mereka berdua saling rindu-merindu dan jatuh cinta (eceh).
Aku ceritakan sikit beberapa babak dalam filem, antaranya: (more…)
Movie Review : Papadom

(Poster Filem Papadom, Kredit to Budiey.)
Salam Semua. Aku baru lepas hitung hari. Lagi 3 bulan lebih ni nak “Nikah” =) Heh, saja untuk ingatkan diri sendiri.
Itu hari aku tanya Tunang aku tentang tayangan filem Papadom ni da mula ditayangkan di Panggung Wayang atau sebaliknya. Maklumlah kesibukan di pejabat (kerja tengah banyak) menjadikan aku kurang tahu tentang isu semasa (kes serius beb!). Tunang aku pun beritahu tarikh tayangan filem Papadom pun da mula pada 8hb Oktober (Hari Khamis). Dia pun ajak aku menonton filem ini
Jadi sempena menghitung Hari Pernikahan aku pun buat keputusan untuk menonton filem bertemakan keluarga pada hujung minggu
Hey, menonton filem yang memberikan ilmu pun bagus juga selain menonton filem untuk menghiburkan diri sendiri, huhu =P Dan lagi satu sebab aku nak tonton filem pasal nak tahu sangat kenapa filem ni menang besar di Festival Filem Malaysia tempoh hari.
Trailer Filem Papadom: (more…)
Movie Review : G-Force
Salam sume. Still lagi dalam mood raya lagi. Aku baru jer pulang dari kampung ni, hehe. Da selamat pulang ke rumah ku syurga ku. Ni aku terus tengok movie terbaru keluaran Walt Disney Pictures yang berjudul G-Force. Skang ni aku suka pula tengok movie yang wataknya kiut-miut @ comel, huhu. Heh, kebetulan kat kampung, Maklong aku ada bela hamster @ guinea pigs. Pastu sampai jer rumah, aku terus online & tengok movie apa yang main kat time-time waktu @ mood Hari Raya ni. So pilihan movie untuk aku tonton waktu @ mood Hari Raya ni ialah Filem G-Force!
Filem ni mengisahkan satu pasukan @ skuad keselamatan daripada kerajaan US yang dikenali sebagai “G-Force”. Dimana skuad ini terdiri daripada sekumpulan (more…)








