1 Muharam 1431 Hijrah
Salam Maal Hijrah.
Wah~ Cepat sungguh masa berlalu.
Tau-tau jer da tahun baru! Korang ada wat sambutan? Ada pertunjukkan bunga api tak? huhu, gurau jer =P
Hari bermulalah “buku baru” & “azam baru” kita semua. Kita tinggalkan “buku lama” yang dah berhabuk (kot). “Azam lama” korang ada yang tercapai?
Bagi aku azam lama yang aku azamkan hampir tercapai
Maklumlah darah manis =d
Lepas jer setel kerja-kerja out-station aku terus sibuk untuk wat persiapan kahwin. Memang mula dari bulan ni hinggalah bulan sibuk jer manjang, heh. Tapi ok juga. Pengalaman baru beb. Biasa aku dok tolong tengok jer teman member-member aku wat persiapan kahwin. Kini giliran aku pula. Memang bagus juga aku alami pengalaman sebegini. Dari situ aku dapat tahu bertapa susah senangnya nak buat persiapan untuk bernikah & majlis perkahwinan. Heh, aku bukannya artis nak dapat sponsor sana-sini. Bukannya mampu nak upah wedding planner. Semuanya buat sendiri dengan Tunang aku
Bak kata ustaz masa kursus kahwin, “Senang citer tak perlulah buat yang grand2″ (cakap dalam slang jawa, heh).
Dan yang paling penting sekali kehidupan seterusnya selepas bernikah.
Ok2, cukuplah tuh huhuhu. Selepas ini aku akan fokuskan “azam baru” pula. Apa dia “azam baru” untuk tahun aku rahsiakan dulu. Kalau menjadi kenyataan barulah aku ceritakan ya, heh
Dan untuk penutup entri kali ini mari kita dengarkan lagu dari (more…)
Kerja, kadang-kadang…..
Menyeronokkan & memenatkan~
Hampir sebulan aku out-station. Sebulan juga la tak naik ofis. Da berhabuk aku ingat meja kat ofis. Lepak & penat yang teramat sangat! Ditambah pula bila dah nak setel kerja out-station aku dilanda demam pula, fuh~ Nasib baik boleh claim. Bulan ni rezeki aku makin banyak nampak, syukur alhamdulillah =)
Maklumlah time tak banyak kerja bosan, bila keja banyak lagi bosan, huhu
Tambahan pula aku mendapat khabar dari rakan sepejabat mengenai bos yang mentalnya sedikit terganggu. Dengar jer khabar yang macam tu terus jadi ngeri aku! Apa lagi aku pun terus apply cuti rehat, haha =P
Apapun akhir tahun ni memang aku sedikit sibuk dengan urusan peribadi. Harap segalanya berjalan dengan baik sekali. Yang paling penting sekali kalau nak setelkan urusan peribadi ni biarlah aku kembali sihat & cergas semula.
Arghhh~ Lepak sangat ni, aku rehat dulu la. Tunggu update seterusnya k
Aidiladha
Salam Aidiladha semua =)
Aku baru balik dari kampung. Meraikan Raya Aidiladha disana. Agak lepak juga ni. First time aku “terlambat” pulang ke kampung. Aku bertolak waktu malam, dengan keadaan jammed teruk kat highway tol utara selatan. Bayangkanlah aku guna gear 1 & gear 2 jer huhu. Haru biru beb! Syukurlah selamat pergi & pulang.
Dikampung sempat juga aku menonton televisyen. Ada selingan wartawan bertanyakan rakyat-rakyat tentang, Apakah Pergorbanan Hari Raya Aildiladha kali ni? Jawapan yang biasa kita dengar pun seperti korbankan lembu & kambing. Ada juga yang bagi jawapan mengharukan contohnya terpaksa korbankan cuti Raya Aidiladha sebab kena kerja, huhu =P
Agaknya kalo aku la yang ditanya. Apa ya yang aku nak jawab….. (more…)
Selepas Oktober 2009
Salam sume.
Ok, nampaknya lama betul la aku tak update blogs ni.
Haha, memula bila plan nak blogging kembali ni, kononnya aku berazam untuk “rajin update”.
Tak menjadi lagi nampaknya, huhu =P
Maklumlah, sebagai seorang yang bekerja mengikut waktu opis, agak sukar uga nak update blogs. Paling frust bila ada idea nak post entry, aku kena buat kerja out-station.
Ish, macam mana la nak jana pendapatan melalui blogs ni, heh =d
Kebetulan pula, sekarang ni aku kembali semula untuk bermain muzik dalam sebuah band.
Niat aku cuma nak cari rezeki yang halal untuk bermain muzik ni.
Agak dapat show untuk perform kat majlis kahwin, fun-fair atau gigs kecil-kecilan pun takpa. Belasah aja, huhu.
Jadi lepas ni aku kena rajin jamming la nampaknya.
Nasib baik aku baru jer beli gitar baru, Jenama Hamer jenis Echotone.
Meh tengok gambar gitar baru aku: (more…)
Movie Review : Papadom

(Poster Filem Papadom, Kredit to Budiey.)
Salam Semua. Aku baru lepas hitung hari. Lagi 3 bulan lebih ni nak “Nikah” =) Heh, saja untuk ingatkan diri sendiri.
Itu hari aku tanya Tunang aku tentang tayangan filem Papadom ni da mula ditayangkan di Panggung Wayang atau sebaliknya. Maklumlah kesibukan di pejabat (kerja tengah banyak) menjadikan aku kurang tahu tentang isu semasa (kes serius beb!). Tunang aku pun beritahu tarikh tayangan filem Papadom pun da mula pada 8hb Oktober (Hari Khamis). Dia pun ajak aku menonton filem ini
Jadi sempena menghitung Hari Pernikahan aku pun buat keputusan untuk menonton filem bertemakan keluarga pada hujung minggu
Hey, menonton filem yang memberikan ilmu pun bagus juga selain menonton filem untuk menghiburkan diri sendiri, huhu =P Dan lagi satu sebab aku nak tonton filem pasal nak tahu sangat kenapa filem ni menang besar di Festival Filem Malaysia tempoh hari.
Trailer Filem Papadom: (more…)









