Aidiladha
Salam Aidiladha semua =)
Aku baru balik dari kampung. Meraikan Raya Aidiladha disana. Agak lepak juga ni. First time aku “terlambat” pulang ke kampung. Aku bertolak waktu malam, dengan keadaan jammed teruk kat highway tol utara selatan. Bayangkanlah aku guna gear 1 & gear 2 jer huhu. Haru biru beb! Syukurlah selamat pergi & pulang.
Dikampung sempat juga aku menonton televisyen. Ada selingan wartawan bertanyakan rakyat-rakyat tentang, Apakah Pergorbanan Hari Raya Aildiladha kali ni? Jawapan yang biasa kita dengar pun seperti korbankan lembu & kambing. Ada juga yang bagi jawapan mengharukan contohnya terpaksa korbankan cuti Raya Aidiladha sebab kena kerja, huhu =P
Agaknya kalo aku la yang ditanya. Apa ya yang aku nak jawab….. (more…)
Selepas Oktober 2009
Salam sume.
Ok, nampaknya lama betul la aku tak update blogs ni.
Haha, memula bila plan nak blogging kembali ni, kononnya aku berazam untuk “rajin update”.
Tak menjadi lagi nampaknya, huhu =P
Maklumlah, sebagai seorang yang bekerja mengikut waktu opis, agak sukar uga nak update blogs. Paling frust bila ada idea nak post entry, aku kena buat kerja out-station.
Ish, macam mana la nak jana pendapatan melalui blogs ni, heh =d
Kebetulan pula, sekarang ni aku kembali semula untuk bermain muzik dalam sebuah band.
Niat aku cuma nak cari rezeki yang halal untuk bermain muzik ni.
Agak dapat show untuk perform kat majlis kahwin, fun-fair atau gigs kecil-kecilan pun takpa. Belasah aja, huhu.
Jadi lepas ni aku kena rajin jamming la nampaknya.
Nasib baik aku baru jer beli gitar baru, Jenama Hamer jenis Echotone.
Meh tengok gambar gitar baru aku: (more…)
Movie Review : Papadom

(Poster Filem Papadom, Kredit to Budiey.)
Salam Semua. Aku baru lepas hitung hari. Lagi 3 bulan lebih ni nak “Nikah” =) Heh, saja untuk ingatkan diri sendiri.
Itu hari aku tanya Tunang aku tentang tayangan filem Papadom ni da mula ditayangkan di Panggung Wayang atau sebaliknya. Maklumlah kesibukan di pejabat (kerja tengah banyak) menjadikan aku kurang tahu tentang isu semasa (kes serius beb!). Tunang aku pun beritahu tarikh tayangan filem Papadom pun da mula pada 8hb Oktober (Hari Khamis). Dia pun ajak aku menonton filem ini
Jadi sempena menghitung Hari Pernikahan aku pun buat keputusan untuk menonton filem bertemakan keluarga pada hujung minggu
Hey, menonton filem yang memberikan ilmu pun bagus juga selain menonton filem untuk menghiburkan diri sendiri, huhu =P Dan lagi satu sebab aku nak tonton filem pasal nak tahu sangat kenapa filem ni menang besar di Festival Filem Malaysia tempoh hari.
Trailer Filem Papadom: (more…)
P1 Wimax Promotion: Potong Now!
Salam Sume.
Tajuk entri untuk post kali ini agak lebih kepada mempromosikan (kot) Produk Pakej yang diberikan dari salah satu pembekal a.k.a broadband Malaysia iaitu Packet One Network Sdn. Bhd. Produk yang aku maksudkan ialah Wimax.
Yup! Aku baru jer bertukar produk broadband dari streamyx ke Wimax! =) Setelah hampir 4 tahun aku menggunakan streamyx (itu pun aku tak tolak dengan, line tengah hang, line lembab & slow macam *****, call customer services yang tak reti nak jawab & sebagainya), aku memang dah memang nekad untuk tukar kepada Wimax.
So begini ceritanya (more…)
Guitar Chords: Nitrus Resah
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Intro: C Am G F
C
Berapa lama harus aku tunggu
Am
Kata setuju kamu
G F
Kau biar aku menanti pilu
C
Diam bisu buat aku keliru
Am
Mana tuju hatimu
G F
Usah biar ku resah menunggu
C Am G F
Uuu… uuu. uuu. uuu…..
C
Raut wajahmu bisa ditelahku
Am
Kau masih belum tentu
G F
Apa ada rasa dalam hatimu
C
Datang padaku serita padaku
Am
Ungkapkan rasa itu
G F
Apa saja buat hilang ragumu
Chorus
C
Sesungguh tak kau tahu
Am
Diriku ada kamu
F
Akan kurelakan semua adaku
G
untukmu
Am
Mungkin bila kau tahu
Em
Mungkin bisa kau temui jiwaku
F Em
Usah biar terusan begitu









