Music Video : Stonebay – Si Murai Penipu http://goo.gl/fb/IWEQ 2010-03-20

Syukur

Date: 14th / February / 2010 | Category: blogs | 5 comments »

Alhamdulillah.

Syukur~ Lega rasanya Majlis Nikah & Majlis persandingan telah selesai =) Perasan berdebar @ nervous telah pun hilang, huhu. Tu kira “sebab terbaru” aku lambat update blogs lagi huhu =d

Jadi selesai sudah segalanya antara perkara yang paling penting dalam hidup aku. Jadi selepas ini apa ya? Dalam kepala aku ni memang macam-macam planning untuk akan datang. Banyak benda aku nak buat sebenarnya. Sama ada dapat buat atau tak memang bergantung pada aku sendiri. Dan rasanya tak salah kalau aku “planning”, kan?

Antara planning aku ialah “upgrade” blogs ni dengan mempelbagaikan content yang “menarik”. Memang aku berharap sangat tuh, heh.

Lagi….. Apa ya?

Emmm, itu sajalah. Tunggu entri yang akan datang ya. Harap korang sume sihat-sihat ya ;)

1 Muharam 1431 Hijrah

Date: 18th / December / 2009 | Category: blogs | 2 comments »

arial

Salam Maal Hijrah.

Wah~ Cepat sungguh masa berlalu.
Tau-tau jer da tahun baru! Korang ada wat sambutan? Ada pertunjukkan bunga api tak? huhu, gurau jer =P

Hari bermulalah “buku baru” & “azam baru” kita semua. Kita tinggalkan “buku lama” yang dah berhabuk (kot). “Azam lama” korang ada yang tercapai?

Bagi aku azam lama yang aku azamkan hampir tercapai ;) Maklumlah darah manis =d

Lepas jer setel kerja-kerja out-station aku terus sibuk untuk wat persiapan kahwin. Memang mula dari bulan ni hinggalah bulan sibuk jer manjang, heh. Tapi ok juga. Pengalaman baru beb. Biasa aku dok tolong tengok jer teman member-member aku wat persiapan kahwin. Kini giliran aku pula. Memang bagus juga aku alami pengalaman sebegini. Dari situ aku dapat tahu bertapa susah senangnya nak buat persiapan untuk bernikah & majlis perkahwinan. Heh, aku bukannya artis nak dapat sponsor sana-sini. Bukannya mampu nak upah wedding planner. Semuanya buat sendiri dengan Tunang aku :D

Bak kata ustaz masa kursus kahwin, “Senang citer tak perlulah buat yang grand2″ (cakap dalam slang jawa, heh).

Dan yang paling penting sekali kehidupan seterusnya selepas bernikah.

Ok2, cukuplah tuh huhuhu. Selepas ini aku akan  fokuskan “azam baru” pula. Apa dia “azam baru” untuk tahun aku rahsiakan dulu. Kalau menjadi kenyataan barulah aku ceritakan ya, heh 8)

Dan untuk penutup entri kali ini mari kita dengarkan lagu dari (more…)